PENGAKAP

Pengenalan

        Pergerakan Pengakap Kanak-kanak merupakan salah satu badan beruniform yang ditubuhkan di sekolah ini. Pengakap Kanak-kanak sekolah ini mengandungi ahli-ahli yang berumur antara sepuluh hingga dua belas tahun.
      Pergerakan Pengakap Kanak-kanak menjadi salah satu gerakerja kumpulan yang memberi khidmat kepada sekolah dan masyarakat. Di bawah program KBSR Pergerakan Pengakap Kanak-kanak telah dipilih sebagai salah satu gerakerja kokurikulum yang diwajibkan di semua sekolah rendah. Ini disebabkan ianya didapati amat sesuai dijalankan oleh murid-murid pada peringkat ini.
             Pergerakan Pengakap Kanak-kanak merupakan satu cara didikan yang boleh dijalankan di dalam dan di luar sekolah. Aktiviti Pergerakan Pengakap Kanak-kanak mudah diikuti dan menarik minat murid-murid. Di samping itu, ia dapat pula menyemaikan sifat-sifat kepemimpinan, bekerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat di kalangan mereka.


HORMAT PENGAKAP

1. Apabila menemui pengakap lain, sama ada dalam atau luar negeri, iaitu menandakan    persaudaraan dan penghormatan.

2. Apabila menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan ketua patrol.

3. Selepas dan apabila menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera pengakap.

4. Apabila Lagu kebangsaan dan lagu negeri dinyanyikan.

5. Dalam istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya. 



ISTIADAT

ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA
Istiadat ini diadakan selepas istiadat laung agung.

1. Bendera dilipat dan diikat di puncak tiang.
2. Pemimpin berdiri menghadap bendera.
3. Penolong Pemimpin berdiri di belakang tiang bendera.
4. PKK berdiri dalam bentuk bulatan dalam keadaan sedia.
5. Pemimpin berteriak “BENDERA”
6. Petugas mara ke tiang bendera.
7. Petugas menarik tali, sekali sahaja.
8. Petugas berundur satu langkah dan memberi hormat.
9. Semua yang hadir memberi hormat.
10. Petugas menjatuhkan tangan….dan diikuti oleh semua yang hadir.
11. Petugas kembali ke tempat asal.
12. Menyanyi Lagu Kebangsaan
13. Menyanyi Lagu Pengakap Daerah
14. Membaca doa
15. AKELA memberi arahan “Senang diri”
16. AKELA memberi nasihat/kata-kata perangsang dan lain-lain
ISTIADAT MENAIKKAN BENDERA

1. Semua PKK berdiri dalam bulatan. AKELA berdiri di tengah-tengah bulatan dalam keadaan sedia.
2. AKELA berteriak “BENDERA”
3. Petugas mara ke tiang bendera dan terus menaikkan bendera.
4. AKELA mengarah semua yang hadir menyanyi lagu Kebangsaan.
5. Setelah bendera sampai ke puncak tiang, petugas berundur selangkah ke belakang dan memberi hormat.
6. Semua yang hadir memberi hormat.
7. Petugas balik ke tempat asal.
8. Menyanyi lagu Pengakap
9. Membaca doa
10. Akela memberi arahan “SENANG DIRI”
11. Akela memberi nasihat/kata-kata perangsang dan lain-lain. 




PERSETIAAN PENGAKAP

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap


Tiada ulasan:

Catat Ulasan