PERGERAKAN PUTERI ISLAM



Objektif


Objektif PPIM digubal dengan tujuan untuk merealisasikan kandungan falsafahnya. Walaubagaimanapun PPIM menyedari bahawa terdapatnya perbezaan umur dan perbezaan keperluan berdasarkan perbezaan kemampuan di antara ahli-ahli dari kalangan para pelajar sekolah menengah dan rendah dengan maktab dan universiti , maka PPIM menggariskan objektif-objektif yang sesuai dengan keperihalan diri masing-masing seperti berikut:-
Objektif di Peringkat Sekolah
 

Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat sekolah rendah dan menengah disusun dengan tujuan seperti berikut:-
1.1  Melahirkan satu masyarakat muda yang

i)Taat kepada Allah, Raja dan Negara
ii)Berilmu
iii)Berakhlak mulia
iv) Berbakti kepada masyarakat
1.2  Membimbing gadis-gadis dalam segi akhlak, rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamilah, berilmu, mengajar dan  memperkenalkan Islam supaya kelak hidup mereka berasaskan jalan yang diterima Allah S.W.T. dan dapat berbakti untuk Agama, Nusa dan Bangsa.
1.3  Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, progresif dan di terima masyarakat.
1.4   Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua.

2. Objektif PPIM pada Peringkat Institut/Maktab/Institut Pengajian Tinggi 
(Kerajaan dan Swasta)
Objektif PPIM pada peringkat Institut/Maktab/Institut Pengajian Tinggi disusun dengan tujuan seperti berikut:-
2.1    Melahirkan pemimpin yang cekap, berketrampilan berwibawa, berdedikasi dan mempunyai wawasan bagi mewujudkan masyarakat remaja yang mampu:
i) Menghayati dan mengamalkan ketaatan kepada Allah S.W.T, Rasul S.A.W dan pemerintah serta cintakan Negara.
ii) Menguasai berbagai bidang ilmu
iii) Berakhlak mulia
iv) Berbakti kepada Masyarakat tanpa mengira keturunan dan agama.
2.2      Membimbing para pemimpin pelatih PUTERI dari segi intelek, akhlak, emosi, rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamilah, berilmu, berdaya maju, berdaya juang, berdaya tahan dan berketrampilan
2.3      Menyemai rasa cinta dan selesa dengan ajaran Islam supaya hidup mereka kelak berasaskan jalan yang diredhai Allah S.W.T dan dapat berbakti kepada keluarga, agama, bangsa dan negara
2.4     Membentuk sebuah kumpulan yang berindentiti sendiri dan berwawasan, progresif, berfikiran terbuka serta mampu menjado penggerah masyarakat
2.5     Mengukuh persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua serta menjadi penghubung kesinambungan antara generasi lama dan generasi baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan