Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
Pengenalan
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
ialah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan pada tahun 1948.
Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan
Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963.
Sejarah
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
(PBSM) ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan Palang
Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950an, lebih banyak
cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada
tahun 1950 dan kemudian di negeri-negeri lain.
Ketika kemerdekaan pada tahun 1957,
cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah
Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan mendapat pengiktirafan oleh
Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli
badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963. Berikutan penggabungan
Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta penubuhan Persekutuan
Malaysia pada September 16, 1963, suatu penggubalan akta baru yang
dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan) Akta
1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan
cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak dibawah nama
baru iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia. Ia dibentangkan di Parlimen
dan digazetkan pada 1 Julai 1965.
Pada 5 September 1975, Persatuan Palang
Merah Malaysia telah ditukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah
Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang
Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Akta
1975 oleh Parlimen Malaysia.
Pergerakan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
Pergerakan Antarabangsa Palang Merah dan
Bulan Sabit Merah adalah sebuah gerakan kemanusian untuk menyelamatkan
nyawa dan kesihatan manusia. Walau pun ia satu organisasi antarabangsa,
pertubuhan ini adalah organisasi persendirian. Tiada kerajaan yang
mengawal Palang Merah/Bulan Sabit Merah. Palang Merah mempunyai tugas
istimewa yang diperuntukkan oleh undang-undang antarabangsa. Ia
merupakan satu-satunya pertubuhan persendirian yang tugasannya
ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa.
Tiga benda penting mengenai gerakan ini adalah:
- Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (International Committee of the Red Cross) ditubuhkan pada tahun 1863 di Geneva, Switzerland. Tugas jawatankuasa di bawah undang-undang antarabangsa ini adalah untuk melindungi nyawa dan kehormatan mangsa perang.
- Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies) diasaskan pada tahun 1919. Ia berfungsi untuk merapatkan hubungan antara Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dalam menjalankan misi kemanusiaan dan kes-kes darurat yang besar. Sekretariat bagi persatuan ini juga terletak di Geneva, Switzerland.
- Setiap negara mempunyai Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.
Pengasas
Pengasas Pergerakan Palang Merah ialah
seorang ahli perniagaan bernama Henry Dunant (1828-1910) yang sedih
melihat mangsa perang antara Perancis dan Itali dengan tentera Austria
di Solferino ,Itali utara pada 24 Jun 1959. Lebih 40,000 tentera dan
orang awal cedera dan terkorban. Henry Dunant dalam perjalanan ke
Algeria, Afrika, telah membantu mangsa yang merintih dan nyawa-nyawa
ikan ke sebuah gereja berdekatan. Sebuah buku kenangan dan pengalamannya
'A Memory of Solferino' telah dicetak dan dihadiahkan kepada semua
ketua negara di Eropah. Oleh sebab bahasa dan penceritaannya yang baik,
buku itu telah menyedarkan ketua-ketua kerajaan di Eropah.
Buku itu mencadangkan :
Pertama:
membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu tentera dan
orang awam yang cedera dan menderita semasa peperangan.
Kedua : mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera dari mana-mana pasukan hendaklah dibantu .
Hasilnya pada 1864 Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) dibentuk tanpa kehadiran beliau sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan